Wednesday 27 August 2014


BAHAWASANYA KAMI
PELAJAR-PELAJAR
BERIKRAR UNTUK MEMERANGI NAJIS DADAH
PADA SETIAP MASA
DAN KETIKA
DENGAN

MENJAUHI DIRI SERTA MENENTANG TABIAT
MENGGUNAKAN DADAH

MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA TANPA DADAH

MEWUJUDKAN SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH
BEBAS DARI DADAH

MENCEGAH PENGEDARAN DADAH DALAM MASYARAKAT

MENERAPKAN NILAI-NILAI AGAMA DALAM MASYARAKAT

MENERAPKAN NILAI-NILAI AGAMA UNTUK MEMBANTERAS DADAH

MEMBANTU USAHA-USAHA KERAJAAN
BAGI MEMBEBASKAN NEGARA INI
DARIPADA ANCAMAN DADAH







SEJARAH PEMBANGUNAN SK. KIMANIS SEJAK TAHUN 1947

A) LOKASI


Sekolah ini terletak 3km di sebelah kiri jika kita berjalan melalui darat dengan menggunakan Lebuhraya dari Papar ke Beaufort. Sekolah ini boleh dihubungi dengan menggunakan pengangkutan darat dan air.

B) SOSIO EKONOMI PENDUDUK

Melihat kepada latar belakang keluarga murid, majoriti daripada mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan penoreh. Hanya sebilangan kecil daripadanya yang bekerja di Jabatan-jabatan Kerajaan.

C) SEJARAH AWAL

Sejarah persekolahan di Kampung Kimanis bermula dalam tahun 1947. Di mana hanya sebuah bangunan kecil dibina secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk tiga buah kampong iaitu Kampung Kimanis, Kampung Gadong dan Kampung Daingin.

D) USAHA-USAHA O.T ABDULLAH BIN AG BESAR

Kampung Brunei Kimanis pada masa itu di bawah pimpinan O.T Abdullah Bin Ag Besar (O.T – Orang Tua / Ketua Kampung).

Beliau seorang pimpinan yang bercita-cita tinggi. Beliau berhasrat agar rakyat di bawah pimpinannya maju dalam bidang ilmu pengetahuan. Hasil pertemuan dan perbincangan antara O.T Abdullah dengan Tuan Pegawai Daerah, maka beliau bersetuju untuk mendermakan tanah beliau bagi tapak bangunan sekolah seluas 1.90 ekar. Sementara kerajaan hanya memberi subsidi sebanyak RM300.00 bagi tujuan tersebut.

Kebijaksanaan beliau dalam hal ini, telah dapat menggabungkan tiga buah kampung untuk turut serta bergotong-royong membina bangunan sekolah.

Untuk proses penyudahan bangunan sekolah, penduduk-penduduk Kampung Gadong sanggup menyediakan atap daripada daun pokok rumbia. Sementara penduduk-penduduk dari Kampung Daingin pula membekalkan batu-batu kecil yang dihantar dengan menggunakan rakit melalui sungai Kimanis. Pembinaan sekolah ini memakan masa selama setahun.


E) BERMULA PENDIDIKAN DI BANGKU SEKOLAH

Pada tahun 1948, sekolah ini dibuka dengan rasminya dengan nama SRK Kimanis. Encik Hamzah Bin Baba adalah merupakan guru yang pertama mengajar di sekolah ini. Beliau berasal dari negeri Melaka tetapi telah lama menetap di Sabah. Jumlah murid ketika itu ialah 30 orang ( lelaki dan perempuan ).

Pendidikan pada masa itu hanya berkisar kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan Jawi. Penekanan terhadap mata pelajaran Ilmu Hisab juga diberikan. Sehingga kini, pelajar-pelajar yang tertua di sekolah ini di antaranya ada yang telah menjadi Wakil Rakyat N.20, Inspektor Polis, Sarjan Polis, Polis Biasa, Askar, Jururawat dan Guru.

F) PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI SK. KIMANIS

Pada awal tahun enam puluhan bersama-sama semangat nasionalisme, penduduk Kampung Kimanis turut sama mengecapi erti kemerdekaan. Penduduk-penduduk di sekitar sekolah ini bertambah sedar akan kepentingan pendidikan bagi anak-anak mereka. Oleh itu, semakin ramailah ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan semenjak itu pula bertambah ramailah murid-murid di sekolah ini. Pernah di awal tahun tujuh puluhan bilangan murid yang belajar di sekolah ini seramai 500 orang.

Kerajaan telah menyedari akan hakikat ini, maka bangunan-bangunan tambahan pula dibina bagi menampung murid-murid ini. Untuk tujuan ini kerajaan telah membina tiga buah bangunan baru serta tiga buah rumah guru. Bangunan terakhir dibina dalam tahun 1980, iaitu sebuah bangunan yang mempunyai empat bilik darjah.

Namun semenjak kebelakangan tahun tujuh puluhan jumlah bilangan murid semakin merosot. Ini adalah disebabkan pembukaan sekolah-sekolah baru di sekitar kampong Kimanis. Sehingga tahun 1988 jumlah murid SK. Kimanis hanya tinggal 195 orang sahaja.

Seiring dengan kemajuan persekitarannya, sekolah ini juga tidak ketinggalan dari segi pembangunan. Sepanjang tahun 1993 banyak projek pembangunan infrastruktur telah dibuat misalnya pembuatan 3 buah pondok untuk murid-murid berehat sambil membaca buku, gelanggang badminton dan pemasangan pagar ‘Link Chain’. Kantin sekolah yang baru juga telah dibina untuk menggantikan bangunan yang lama.

Tahun demi tahun bilangan pelajar di sekolah ini makin bertambah. Jika dalam tahun 1980an bilangan murid tidak mencecah 200 orang tetapi pada pertengahan tahun 1990an bilangan pelajar telah meningkat melebihi 200 orang. Dengan peningkatan bilangan pelajar, bilangan guru dan kakitangan sokongan juga telah bertambah iaitu guru 32 orang dan 7 orang kakitangan sokongan.


MASA

KALENDAR

PELAWAT